Friday, June 22, 2012

Jom

Assalamualaikum

Selamat Hari Jumaat :)

As usual, Jumaat would always be my favorite, since kindergarten until now gitu.


Dulu time tadika, suke hari Jumaat sebab petang Jumaat tu ade kartun favorite aku.

Time skolah rendah suka Jumaat sebab balik awal, and hari Jumaat ada makcik jual home made air soya sedap depan masjid.

Sekolah Menengah suka hari Jumaat sebab breakfast nasi lemak, lambat sikit xpe, orang beratur panjaaaaaaaaaaaanngggg, kadang2 saje je lambat2.. kadang2 tapau nasi lemak kalau x sempat sangat, kadang2 memang sempat tapi saje tapau. pastu dalam kelas, bukak tepewer nak makan, harum semerbak satu kelas. hahaha :DDD kadang2 saje bukak tepewer walaupun ade cikgu, nak cuit sikit. ok itu bukan aku, tu Zana. atau Jaja. LOL. tengah hari lak makan nasik ayam yang kadang2 nasi dia lembik2 gitu. Jumaat memang DM masak sedap, sebab tu suka hari Jumaat. Plus kelas habis awal :)

Time kat kampus lak, suke hari Jumaat, sebab hujung minggu! Selalunya nak seronok2 join aktiviti, start hari Jumaatlah. Seronok2 perasaan gumbira~ excited dengan orang yang nak join aktiviti. selalunye azi la. sape lagi. haha. isnin ada test pon redah gak. pastu xboleh handle tension nangis sorang2. haha, klakanye aku. cikgu jamilah pon marah :( tp tu yg best, kenangan :) and and, kadang2 awl2 sem akan doa jadual sem hari Jumaat xde kelas. Tapi bila dapat tau je Jumaat ade kelas, mulelah rakan2 bising2 "alamak, aku ingat sem ni boleh balik rumah hujung minggu.. grrrr" or "tengok, Jumaat ade klas lagi, susah a nak balik, ni yg menyebabkan aku slalu overnight on Saturday nights niyyyy"

ceh. kadang2 diorang poyo2 je teww... aku tak kesah, aku tak rasa nak balik hujung minggu, jauh la penang-shah alam, penat dalam bus je :( haha.

Practical pon Jumaat gak palleng best, hari Merdeka untuk minggu tu :)

AND until now aku still suka hari Jumaat walaupun tiap2 hari aku cuti.. sebab.. Jumaat ada Mega Movie Friday...

oke, x excited sangat la, tv3 banyak potong scene pastu iklan je lebeh. slalunye aku end up download sendiri dan tonton di laptop, lagi best. xde masalah nak download, unifi shah alam laju. hehe

Apepon hari Jumaat tetap istimewa, sebab hari Jumaat hari raye untuk setiap minggu, will always be my favorite :)

hmmmmm

ekceli kan.. aku bukan nak cerita pasal hari Jumaat pon, tadi aku bagi Selamat Hari Jumaat awal2 tu kan? Amboi jauhnye melencong, hihi :p

panjang pulak, tak jadi nak cerita pasal Trip to Johor.

dah pukul brape ni, nak sambung tengok Hindustan smalam lah

Sebenarnya skarang aku jarang tengok hindustan, tp kalau aku tengok, mesti Shah Rukh Khan yg berlakon.

Macam citer hitam putih gak. Aku tgk yg P Ramlee punye movie je. Tapi tu aku slalu tengok hari Isnin kat TV2, so sah2 la P Ramlee yang berlakon. Tapi ade ke orang tgk movie hitam putih yg bukan P Ramlee eh?

Anyways, citer SRK ni worth watching. Kali terakhir aku tengok movie sampai sengih2 dalam hati berbunga-bunga ialah Disney Pixar's UP.

so kat sini aku letak sikit gambar2 dari filem tu...

sume google je ni. haha






comelkan watak SRK tuuu? hahaha. aku suka bila dia pegang watak lain dari lain.

Sinopsis pendek: lelaki ni pergi majlis kahwin anak professor dia, masa tu lelaki ni first time nampak anak perempuan professor tu, jatuh cinta pandang pertama. tapi sayangnya gadis tu dah nak kawin.. tiba2, nak dijadikan cerita, calon pengantin lelaki dan seluruh keluarganya accident. tiada yang selamat. Professor dia terus rebah, sakit jantung, time nak mati tu professor tu sampaikan hajat, nak lelaki ni and anak perempuan dia kawen. anak perempuan professor setuju demi menjaga hati ayahandanya. maka kahwinlah mereka...

ha... lepas tu start la cerita.. walaupun anak perempuan professor tu setuju, tapi sebab kenangan silam, dia dah x ada hati nak bercinta. dia just kahwin je. so ni la cerita dia, macam mana si husband yang jatuh cinta pandang pertama ni nak pikat isteri dia yang tertutup hati untuk bercinta sebab kisah percintaan yang terkubur di tengah jalan..

menarik kan kan?

ecewah.

klah, dats all, babai. wasalam.

eh. and don't forget, skarang dah 2 sya'aban :)


rejab(past)-sya'ban(present)-RAMADHAN (future)

warm up now :) 

ready?

jom.

No comments:

Post a Comment