Thursday, June 7, 2012

her story and mine

assalamualaikum

hari tu masa wedding kazen kat johor, naza nama dia, aku tidur dengan bibik moksu aku. dia jenis bercerita, aku jenis layan, layan la dia punye cerita...

bibik moksu ni rupenye bukan calang2 orang.. dia punye kisah.. bersamamu pun kalah lah.

umur dia 30 tahun. soalan pertama aku "akak ada anak?" dia cakap ada.. mak dia yg jaga.. dia ada suami, tapi dah cerai.. dia hidup susah dari kecik..

masa kecik2 dulu, dia nak blaja pon xde buku.. dia dapat buku bila masuk pertandingan.. dia masuk pertandingan ape ntah aku x ingat.. hafazan rasanya.. menang, dapat nombor satu.. dapat la hadiah buku sebijik, tebal buku tu.

buku ni dia guna untuk 3 subjek... dia bahagi tiga.. satu hari, cikgu dari salah satu subjek tu suruh hantar buku, dia pun hantar.. bila hantar, buku xde. so cikgu subjek lain masuk suruh keluarkan buku, dia dah xde buku. kene la pukul dengan pembaris panjang.. cikgu pun suruh beli buku baru.

habis sekolah dia balik rumah jumpe nenek dia. dia kata dulu time kecik dia tinggal dengan nenek. dia cakap kat nenek dia nak duit sikit beli buku, sikit pun jadi la.. nenek xde duit :( nenek kerja jual sayur, hari tu nenek x kerja, nenek sakit :((

sebagai alternatif, dia kerja sawah kutip2 padi ke ape ntah dia cakap, ade barrier communication sikit. tapi weh kerja time kecik2 sek rendah semate mate nak beli buku nota. fulamak, aku cuti 4bulan ni pon x kerja :( shame.

source: tumblr

pastu kat sane, lepas periksa, kalau nak naik level, kene make sure bayar yuran, baru boleh tengok result periksa. kalau x tengok result periksa, xnaik la level... tapi cikgu tau masalah bibik, cikgu bibik baik hati. dia nak tolong bibik.. dia cakap kat bibik xpela, bagi seribu rupiah dulu pun xpe.. seribu je... (rate skarang 3000rupiah=rm1) bibik pun gembira la, excited. bibik balik jumpe nenek.. nenek cakap dia xde duit... duit yg ada x cukup pun seribu :( kecewanya bibik, sampai hari ni dia xtau result dia. sambil dia cerita, dia gelak2 je, aku gelak gak la ngan dia, tapi dalam hati sedih. aku cube bayangkan kalau aku ada kat tempat dia, time aku kecik2 dulu sebok merengek nak biskot fames ames kalau x dapat merajok. bibik pulak usaha cari duit sendiri nak dapatkan buku nota untuk belajar.

shame :(

sebab dia x boleh teruskan pengajian, dia pergi pesantren, kire sekolah pondok la.. blaja agama. dia kata dia suka kat situ. x silap aku mak dia ke, makcik dia yang tanggung dia kat sana. aku xnak tanye la kenapa x mintak je seribu rupiah kat diorang, bleh sambung study. mungkin dia suka blaja agama kot.. kot..

xlama blaja agama, mak dia suruh dia balik. dia pun binggung. dia balik rupanya mak dia suruh dia nikah dengan sorang calon.. dia xnak, tapi dia fikir mungkin ada la kot berkat kalau ikut cakap mak.. dia pun setuju. dia fikir mungkin dia boleh bahagia.

lain yang dia fikir, lain yang jadi. suami dia xnak kerja. jadi dia lah yang kerja. dia jual sayur. sayur dia letak dalam bakul, bakul tu dia jinjing atas kepala. dia pergi la kawasan yg cam rumah setinggan. jual. suami dia xnal jual, suami dia kata malu. sedihnye hati aku dengar, nak kawen tapi xcukup syarat, macam ni la jadi. so sesiapa yang rasa nak kawen, pastikan korang cukup syarat dulu ye. bertanggungjawab.

bibik kata memang susah la hidup dia, dia cari rezeki, kadang2 balik lewat, suami x ambik, terpaksa balik rumah jalan kaki.. balik dah sampai lewat ingat boleh rehat, rupenye suami dia marah dia, kata dia keluar dengan orang lain, cemburu. adeh.. tabahnye bibik. kat malaysia selalunye suami2 yang complain bende2 macam ni kan?

source: tumblr

pastu macam2 lagi la dia cerita. aku dengar je la.. dalam hati syukur x berhenti, alhamdulillah, aku lahir di sini. korang rasa bertuah x lepas dengar cerita bibik?

bibik kata dia bersyukur dapat datang sini, moksu n poksu layan dia baik. dia dapat pusing satu malaysia jalan2. yela pakcik makcik aku tu hardcore shaklee, memang pegi mana2 bawak anak2 skali, bawak la bibik skali nak jaga anak2.. dari hujung johor sampai ke hujung kelantan... bibik bangga dia dah nampak singapore. hahha "rupenye singapore tu dekat je dek. akak fikir semasa di indonesia, singapore tu jauuuhhh, lihat pun x nampak"

kadang2 comel jugak dengar bibik cerita. dia kata hari tu adik moksu blanje aiskrim. dia terharu.. "rupenye macam ni la rasa eskrem dik.. sedap" haha. aku xtau la betul ke x dia x pnah makan. tapi.. kalau betul, memang orang malaysia patut bersyukur sangat2 la nak compare dengan hidup org indon. bibik kata pizza tu pon first time dia rasa dari tong sampah. time kutip barang, dia jumpe piza. dia kata dia slalu gak bedal makanan yg orang tinggal kat mana2 :(

source: tumblr

***

banyak lagi la bibik cerita. hidup orang miskin kat indon, memang daif sangat lah.

aku cerita kisah ni.. sebab..

aku nak sedapkan hati...

phone aku hilang

aku sedih

sedih yg nangis dalam toilet, kluar toilet pegi penjuru nangis lagi, amek wuduk solat nangis atas sejadah, amek al Quran baca, tenang sikit la. tapi sedih ada lagi. naik atas nak tido, xboleh. tengah pejam2 mata tibe2 terdengar bunyi notification henfon yang hilang.

fulamak sedih habis, macam hilang anak lah. padahal hilang phone. 

nak compare dengan cerita bibik, langit ngan bumi la beza

tapi aku harap polis jumpe balik pencuri tu

ade harapan sebab aku hilang kat pos ofis, ada saksi, orang pos ofis cam pencuri, dia bagi nama penuh and alamat, sebab pencuri baru lepas bayar bil kat pos ofis.

orang sume cakap "xde rezeki la tu.." tapi dah lame aku pegang phone elok je, mane boleh xde rezeki kalau x cube. kalau anak hilang, boleh ke terus pasrah cakap "sabar la, xde rezeki la tu.."

selagi pencuri tu x dijumpai, dia xcakap dia jual ke phone aku, aku nak doa je. walaupun harapan tipis, tapi doa je la...

korang pon boleh doakan skali


sabar la timah, sabar sabar..

tu la, lain kali alert betul2! clumsy.
-.-

aku bukan apa, gambar2 sabah, practical, ramadhan tahun lepas, banyak la kenangan. aku x transfer pon lagi. ps2 yg pelik2, baru nak tunjuk :( aku xde la gambar yg x bertudung dalam tu, tp still ada BANYAK gambar lah. aku harap Allah lindungi aib aku n sesiapa yg dalam phone aku tu, amin.

aku x penah hilang phone. selame ni aku tengok kawan aku je bising2 "sedihla" bile hilang phone. bila dah rasa sendiri, baru tau. memang sedihnye. lagi2 phone yg sentimental value dia tinggi...

doa je la.. usaha dah buat...

lain kali cegah sebelum kena.

okay....

kite dah pertengahan rejab. ramadhan is getting nearer. selamat beramal :)

source: tumblr

kbai. wassalam.

*sebenarnya kesusahan mengajar kita erti ketabahan dan kesempitan mengajar kita erti kesyukuran :) tau la sedih timah, chill lah, ok? life is too short, so make it worth fatimah!!! ok? :)

2 comments:

  1. kadang lg baik jd ssh dari jd sng sbb klu ssh tentunya kita akn sabar, klu sng blom tentu kita sentiasa SYUKUR. syukur lg ssh dr sabar. so sabar la timah.

    ReplyDelete
  2. dgr tu, kena syukur!!! n sabar byk2, faham x fatimah??? :)

    ReplyDelete