Wednesday, March 23, 2011

cinta

bismillah.

"Cinta, Mesti hendak bersamanya di syurga, Bukan cinta jika melempar ke neraka"
-hilal asyraf.

ramai yg bertanya "tidak ada usahakah utk mndapatkan cinta?"
tetapi persoalanya, kalau usaha itu tidak kena caranya mengapa perlu diteruskan?
usahakanlah cinta yg diredhai, bukan ikut kata nafsu & hati : )

*****

tak usah takut, Allah dah janji, setiap dari kita punyai pasangan masing2.
sampai masa, dia akan muncul.
so jgn berhenti berdoa sepanjang sebelum pertemuan agar dia sentiasa dilindungi : )
dan, semoga Allah mendekatkat dia dengan diri ini dalam keadaan yg diredhai...

ramai dari kita pasang niat untuk bercinta 'secara serious', bercinta sebab nak kahwin. "couple dulu, nak kenal hati budi..." "nanti kterang memang nak kahwin la" "bukannya salahpun niat dah betul ape..."
memang niat dah betul, tapi cara pula bagaimana?

saya bagi contoh,
ahmad niat nak masuk universiti sebab nak berjaya dalam pelajaran
tapi bila dia masuk universiti, ahmad jadi lupa dan leka, dia banyak bermain dan keluar dengan rakan2.
kita nampak kat sini, niat ahmad betul sebab nak berjaya, tapi adakah cara dia betul untuk berjaya?
anda rasa akhirnya dia berjaya tak?

*****

"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia itu melainkan agar mereka mengabdi kepada-Ku…..”
(surah Al-Zariyat, ayat 55-56).

dan ingatlah setiap detik yg kita gunakan untuk bernafas di muka bumi ini akan ditanya dan disoal oleh Allah di akhirat nanti.

Allah tak ciptakan kita melainkan untuk beribadat kepadaNya.

ibadat tu, x semestinya atas sejadah.. contohnya makan. makan pun dikira sebagai ibadat, kalau kita makan dari sumber yg halal dan niat makan untuk mendapat tenaga bagi menjalankan aktiviti seharian yg mampu memberikan manfaat kpd org ramai serta beribadah di malam hari, itu dah kira ibadat.

contoh lain belajar. kalau kita belajar untuk ilmu dan akan manfaatkan ilmu untuk masyarakat serta mendalami ilmu demi melihat kebesaran Allah, itu pun dikira ibadat.

nampak x? kehidupan kita adalah ibadat, kalau kita niatkan dengan betul..

so cuba ambil masa, tanya pada diri sendiri, dalam 24 jam, apa yg kita lakukan akan menjerat kita ke lubang2 yg panas atau mungkin membawa kita ke taman2 yg indah : )

*****

"..janganlah kamu menghampiri zina"
(surah Al-isra' ayat 32)

some might say:
"kalau x kenal.. macam mana boleh kahwin???"

betul.. tapi Allah tuhan yg telah menciptakan kita, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dah pesan.. Jangan MENGHAMPIRI zina..

zina tu ada banyak, zina hati zina mata.. semua ni benda2 kecil yg mampu membawa kepada dosa. dosa yg tak disedari pon tak tertanggung, apatah lagi yg kita sedar : (

kalau niat betul, mestilah sayang dia, so guna lah cara yang betul, jauhi zina dan hampirilah keredhaan Allah : )

*****

hidup kita hanya seketika, setiap hari aku mengeluh kerana diduga test dan quiz dunia sampaikan aku terlupa tentang EXAM BESAR yang harus aku tempuhi di akhirat sana. kejarlah cinta yang hakiki. kata dekwan sorang kawan aku, "tak perlu melakukan yg haram untuk gembira kerana yg halal itu membawa lebih dari kegembiraan" jangan mengeluh jika diduga, sebaliknya bersyukur dan bersabarlah, kerana org yg beriman sering diduga, dan sabar itu sebahagian dari iman... : )

so girls out there yg betul2 dah jumpa and sayaaaaaang sangat dkat 'abang' yg tercinta, jom doakan untuk dia. agar dia dapat membimbing diri dan keluarga bila dah kahwin nanti : ) and jaga diri betul2 sebelum kahwin : )
and boys out there yg betul2 dah niat nak jadikan dia sebagai permaisuri hati, tulang rusuk kiri yg dicari, jagalah dia dengan sepenuh hati. andai anda sayang dia, pimpinlah dia dengan betul, kerana dia yg akan menjaga anak2 anda : )

jangan berhenti berdoa, kerana Allah tidak pernah berhenti mendengar : ) jangan pernah putus asa, kerana kadang kala kita ini diduga. minta dan mintalah pertolongan dariNya, kerana Dialah pencipta kita : )

*****





-wassalam.

6 comments:

  1. NICELY DONE TIMON! GOOD JOB :')
    aku sukaa dohww post kau yg ni. macam tazkizah pagi2. sebb aku baca pukul 9.30 pagi. haha

    ReplyDelete
  2. "Cinta itu lebih tua dari alam ini, kerana atas dasar cintalah maka Tuhan menciptakan alam ini" - |Al Mutanabbi |

    ReplyDelete
  3. bukan menidakkan cinta, cuma cara dan niat perlu selari bagi mendapat output yg diingini : )

    ReplyDelete
  4. aku pon sukaaaaaaaaaaaaaaa!
    "kerana yg menjaga lebih menghargai.." jd jika bersabar utk something yg worth waiting.. resultnya pasti terlalu sweet! Insyallah

    ReplyDelete
  5. beeeetoooolll nikkk : ) stuju sangaaaatt!!!

    ReplyDelete